Thursday, 5 December 2013

NURANI: KENAPA KITA (LELAKI) KENA PERGI MASJID PADA HARI JUMAAT?

Persoalan yang selalu bermain di fikiran kita selama ni “kenapa pada hari jumaat kena solat jumaat tidak solat zohor seperti hari-hari lain?



Hari Jumaat, merupakan penghulu bagi hari-hari yang lain. Asal perkataan Jumaat adalah dari perkataan jama’a yang bermaksud himpun. Hari jumaat merupakan hari kebesaran umat Islam dan sebagai hari perhimpunan umat Islam diseluruh dunia tanpa kecuali. Tujuan perhimpunan solat Jumaat ini ialah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Kalau dilihat secara logiknya, hari Jumaat juga kita dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat di masjid setelah selesaikan solat Jumaat. Islam itu kuat dengan jamaah, Solat Jumaat itulah sebagai lambing kekuatan umat Islam sebenarnya. Menurut ilmu Psikologi Sosial, manusia itu terdiri dari tiga unsur iaitu manusia makhluk bertuhan, manusia makhluk bersosial dan manusia makhluk individu. Ketiga-tiga elemen penting ini tidak dapat dipisahkan, kalau dipisahkan maka manusia itu akan mengalami konflik dalaman dan sosial.

Setiap individu muslim diwajibkan mendengar tazkirah atau apa-apa peringatan, maka sebab itulah adanya khutbah Jumaat, setelah mendengar khutbah Jumaat, setiap muslim balik ke rumah dan sampaikan kepada isterinya atau ahli kelurganya. Khutbah Jumaat ini sangat penting kerana di situlah khatib akan sampaikan segala nasihat dan segala masalah yang berlaku dikampung atau kawasan tersebut. Jika tiada khutbah bagaimana kita hendak mengetahui segala info yang timbul di kawasan tersebut.

Kewajipan solat jumaat tidak boleh dipertikaikan kerana ini suruhan Allah, barang siapa yang tidak melaksanakan segala suruhan Allah, maka orang tersebut Allah akan laknatnya dan tempatkannya di suatu lembah (wil) dalam neraka yang amat pedih dan dahsyat. Firman Allah dalam mewajibkan solat jumaat yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat Yang sebenarnya), Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa Yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat). Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya Dengan meninggalkan Engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (Wahai Muhammad:" pahala - balasan) Yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.” (Al-Jum’ah :9-11)

Saya harap huraian dan hujah saya mengenai mengapa perlunya solat terjawab dan kena perlu melaksanakan solat Jumaat pada setiap hari Jumaat terjawab dan memberikan sedikit sebanyak kefahaman kepada anda yang bertanya khususnya dan kepada semua pengunjung umumnya. maaflah kalau penjelasan saya ini tidak dapat difahami oleh anda. Sebagai umat Islam yang baik, sepatutnya jangan sesekali terlintas dalam benak fikiran mengenai kenapa perlu solat, kenapa perlu bertudung, kenapa perlu berpuasa, kenapa perlu percaya kepada Allah dan sebagainya, kerana ini boleh merosakkan akidah dan sekaligus segala amalan yang baik dihapuskan dan hanya tinggal dosa sahaja. Fikirlah sesungguhnya orang yang mati dalam kekufuran atau tidak Islam, maka kekallah dia di dalam neraka Allah selamanya. Ini berbeza dengan orang Islam walaupun tidak melaksanakan segala ibadah kepada Allah, tetapi dia akan dimasukkan ke dalam syurga juga setelah dirinya dibersihkan dalam neraka Allah.

2 comments:

  1. Maaf sy tau kelebihan solat jumaat tu tp sy x fhm kenapa wanita tidak diwajibkan pula sdangkan kalau ikut kelebihan yg anda ckp tu msti la wanita pun perlu kan kelebihan tu..

    ReplyDelete
  2. Oh sebab tu lah ayah Kita kalau Hari jumaat solat dekad masjid

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...