Bapa
pembangunan bola sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa pagi ini mengumumkan akan
mengundur diri menerusi akaun Facebook berkuatkuasa serta-merta.
Ikuti
luahannya untuk siaran media di akaun facebook
peribadinya.
Saya
telah mengikuti dengan teliti perkembangan dan kemelut yang berlaku, khususnya
antara YB Menteri Belia dan Sukan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),
sejak saya dilantik menganggotai Jawatankuasa Pembangunan Program Bolasepak
Negara (JKPPBSN), November lalu.
Adalah
ditegaskan pelantikan yang dibuat oleh YB Menteri terhadap saya, atas sifat
saya selaku Ahli Parlimen Malaysia (Bersama seorang lagi Ahli Parlimen yang
lain) ADALAH SAH dan tidak harus dipertikaikan. YB Menteri pada menjalankan
tugas dan dengan kuasanya BERHAK melantik sesiapa sahaja mengikut budibicaranya
bagi menganggotai JKPPBSN tersebut. Usaha YB Menteri melantik pelbagai pihak
dan ‘stakeholders’ ini amat dialu-alukan sekali.
Adalah
ditegaskan juga bahawa Jawatankuasa yang dibentuk YB Menteri adalah sebuah
entiti Kerajaan yang mempunyai peranan yang lebih luas, terutama dalam konteks
pembangunan bolasepak. Ia di luar SKOP DAN KUATKUASA peraturan mana-mana
persatuan termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Kuasa persatuan hanya terhad
kepada ahlinya serta badan gabungan dibawahnya sahaja.
Namun,
saya juga memahami bahawa adalah JANGGAL bagi FAM untuk turut menduduki sebuah
Jawatankuasa yang turut melibatkan individu yang mereka sendiri menghukumnya.
Mereka mungkin merasa TERCABAR dengan pelantikan sedemikian. JUSTERU FAM
BERPENDAPAT MEREKA TIDAK BOLEH MENYERTAI Jawatankuasa berkenaan, selagi saya
menganggotai Jawatankuasa tersebut.
Bagi
saya pula, sebagai Pegawai, aktivitis dan peminat yang cintakan sukan
bolasepak, KEMAJUAN BOLASEPAK MALAYSIA adalah lebih penting dari
segala-galanya.
Pada
masa ini, tahap kemajuan bolasepak negara berada pada tahap yang bukan sahaja
rendah tapi juga menimbulkan keresahan dan kekecewaan umum. Kedudukan Malaysia
dalam ranking dunia bukanlah pada tangga yang selayaknya, apabila kita
terperosok jauh hatta berbanding negara yang jauh lebih mundur dan tidak
berkeupayaan seperti kita.
Namun,
diperlihatkan bahawa PIHAK BERWAJIB seolah-olah hilang daya dan keupayaan
membawa perubahan sewajarnya. Individu-individu yang ternyata gagal membawa
prestasi yang diharapkan masih mahu kekal berkuasa dan menjadikan BADAN
berwajib seumpama milik peribadi. Lebih parah lagi kontroversi demi kontroversi
dicetuskan dan ‘goodwill’ dengan banyak pihak samalah tidak wujud. Teguran dan
pandangan ikhlas ahli dan pihak lain dilayan dengan kekerasan peraturan yang
tidak wajar. Urusan pentadbiran dan kewangan yang tidak telus serta semangat
kekeluargaan bolasepak Malaysia semakin tidak dihiraukan. Pada masa yang sama
prestasi bolasepak negara terus merudum. Pihak berwajib dilihat makin terpisah
dari denyut nadi lagi ahlinya serta para peminat bolasepak Malaysia.
Di saat
bolasepak negara berada dalam situasi demikian, inisiatif berani yang diambil
oleh YB Menteri datang tepat pada masanya. Bolasepak negara bertuah kerana YB
Menteri dan Kerajaan menunjukkan komitmen dan ‘will’ yang tinggi untuk
memajukan bolasepak. Lebih penting lagi, buat pertama kalinya ‘diagnosis’ serta
‘prescription’ bagi menyembuhkan penyakit kurang upayanya bolasepak Malaysia
dibuat atas inisiatif pemerintah. Bagi saya ini adalah satu langkah yang AMAT
PENTING dalam usaha menjadikan bolasepak negara cemerlang di masa akan datang.
Mengambil
kira semua perkara di atas dan setelah memikirkan dengan mendalam DEMI KEMAJUAN
BOLASEPAK NEGARA, saya merasakan TIDAK RELA diri saya dijadikan alasan
terutamanya oleh Badan Induk Bolasepak (FAM) untuk tidak berfungsi atau
menjalankan tanggunggjawabnya untuk memberikan kerjasama kepada Kementerian
Belia dan Sukan.
Saya juga
tidak rela melihat usaha kerajaan terutama YB Menteri yang sangat murni dan
penting terutama untuk melaksanakan satu ‘Blueprint’ yang saya percaya akan
merubah ‘DNA’ dan ‘BRAND’ bolasepak Malaysia terjejas, semata-mata kerana FAM
tidak mahu menyertainya.
Justeru
demi untuk melihat Jawatankuasa ini berfungsi sepenuhnya dan melihat Kerajaan
dapat berkerjasama sebaik mungkin dengan FAM, maka saya mengambil keputusan
berikut:-
1.
Dengan sukarela menarik diri dari mengganggotai JKPPBSN berkuatkuasa hari ini,
bagi membolehkan FAM menyertainya.
2.
Melepaskan Jawatan saya sebagai Timbalan Presiden FAM dan Presiden Bolasepak
KAFA berkuatkuasa dari tarikh hukuman dikenakan ke atas saya dan saya bukan
lagi pegawai badan tersebut atau mana-mana ahlinya.
Walau
bagaimanapun saya akan terus membantu bolasepak negara amnya dan bolasepak
Kelantan khususnya atas sifat saya sebagai Wakil Rakyat dan juga seorang
peminat sukan ini.
Semoga
dengan tindakan saya ini segala kemelut dan kekeruhan yang berlaku antara FAM
dan KBS khususnya YB Menteri menjadi jernih, serta semua pihak akan erat
berkerjasama demi KEMAJUAN BOLASEPAK NEGARA.
“MAJULAH
SUKAN UNTUK NEGARA
No comments:
Post a Comment