Wednesday 10 April 2013

INFO: KEPUTUSAN KELANTAN VS SHB DA NANG AFC 2013



Aksi perlawanan Piala AFC bagi kumpulan G diteruskan lagi dengan perlawanan keempat bagi skuad The Red Worrior, Kelantan yang akan bertemu SHB-Da Nang FC di Stadium Chi Liang, Vietnam.

Perlawanan ini dijangka akan berlangsung pada jam 5.30 petang waktu Malaysia.

Tuan rumah (SHB-Da Nang) yang sebelum ini diaibkan 0-5 di Kota Bharu sebelum ini pastinya akan menebus kembali maruah mereka apabila Kelantan berkunjung ke Stadium Chi Liang pada petang ini. Walaupun begitu, Kelantan pastinya akan memberi saingan bagi mengutip tiga mata penuhatau pun sekurang-kurangnya mencuri satu mata untuk terus selesa selaku peneraju kumpulan G.

Keputusan SHB-Da Nang vs Kelantan 10 April 2013
Tuan Rumah
Skor
Pelawat
Status
SHB-Da Nang
0 - 1
Kelantan
FT
- | HT | Dickson Nwakaeme 75' (KEL) | FT

Carta Kedudukan AFC Cup 2013 - Kumpulan G

RANK
TEAM
GP
W
D
L
GF
GA
+/-
PTS
1
Kelantan
3
2
1
0
9
2
7
7
2
SHB Da Nang
3
2
0
1
5
8
-3
6
3
Maziya SRC
3
1
1
1
6
5
1
4
4
Ayeyawady
3
0
0
3
3
8
-5
0

INFO: LIVE PERLAWANAN DA NANG VS KELANTAN AFC 10 APRIL 2013

Live Da Nang vs Kelantan Piala AFC 10 April 2013

Setelah mengejutkan kelab jagoan Vietnam, SHB Da Nang dalam perlawanan pertama yang lepas dengan keputusan 5-0, Kelantan akan bertandang ke tempat lawan pula bagi perlawanan kedua. Sudah tentu pertembungan sengit dijangka antara kedua-dua pasukan



Untuk makluman, perlawanan Da Nang vs Kelantan akan disiarkan secara langsung oleh Astro 812 pada jam 5.25 petang (waktu Malaysia) dan TV9 pula hanya akan menyiarkan siaran tertunda pada jam 10.30 malam.Harap maklum.


Selamat menonton semua.. ^_^

INFO: JADUAL PENUH PIALA AFC 2013 : KUMPULAN G (KELANTAN)


JADUAL PENUH PIALA AFC 2013 : KUMPULAN G (KELANTAN)



Match Day 1, Wednesday, 27.2.13, SSM4 KOTA BHARU 
Kelantan FA (MAS) vs Maziya Sports & Recreation (MDV)

Match Day 2, Wednesday, 13.3.13, Youth Training Center YANGON
Kelantan FA (MAS) vs Ayeyawady United (MYA)

Match Day 3, Tuesday, 2.4.13, SSM4 KOTA BHARU
Kelantan FA (MAS) vs SHB Da Nang (VIE)

Match Day 4, Wednesday, 10.4.13, Chi Lang Stadium DA NANG
SHB Da Nang (VIE) vs Kelantan FA (MAS)

Match Day 5, Tuesday, 23.4.13, National Stadium MALE
Maziya Sports & Recreation (MDV) vs Kelantan FA (MAS)

Match Day 6, Tuesday, 30.4.13, SSM4 KOTA BHARU
Kelantan FA (MAS) vs Ayeyawady United (MYA)


Monday 8 April 2013

INFO: DICKSON NWAKAEME SAH PEMAIN IMPORT BARU KELANTAN

Dickson Nwakaeme
Semalam menerusi Facebook Tan Sri Annuar Musa beliau ada mengumumkan mengenai kemasukan pemain import baru Kelantan. Pemain berkenaan adalah Dickson Nwakaeme (Nigeria)yang telah berjaya menarik perhatian pengurusan pasukan Kelantan dalam aksi persahabatan yang lepas.


Menurut Tan Sri Annuar Musa, Dickson Nwakaeme telah menandatangani kontrak selama 1 tahun dengan ‘option’ 1 tahun namun jumlah bayaran gaji atau perpindahan tidak dimaklumkan. Berdasarkan sumber www.transfermarkt.co.uk, anggaran nilai untuk Dickson Nwakaeme (pemain kelab FC Oulun Pallo) adalah sekitar £450,000.
Kemasukan Dickson Nwakaeme sudah tentu amat ditagih oleh semua penyokong Kelantan yang kecewa dengan prestasi hambar jentera serangan diketuai oleh Keita Mandjou. Dickson Nwakaeme dijangka akan disenaraikan dalam pemain import untuk saingan Piala AFC 2013 terlebih dahulu bersama 3 pemain import lain dan khidmat Keita Mandjou akan terus digunakan dalam saingan Liga Super 2013.
Pendaftaran pemain baru hanya akan dibuka pada April nanti dan sebarang perubahan posisi pemain import bergantung pada prestasi mereka selama 2 bulan ini.

Sunday 7 April 2013

INFO: KELEBIHAN BLOGGER BERSTATUS GLITTERATI


Mesti ramai yang tertanya kenapa semua orang duk kecoh bercakap pasal Glitterati Nuffnang ? Glitterati tu apa sebenarnya..ada kaitan ke dengan Mazda Maserati? Nak tahu Glitterati tu status membership korang kat akaun Nuffnang. Cuba check nak tahu sama ada korang blogger berstatus Glitterati ke ataupun berstatus Ordinary sahaja. Kepada blogger yang berstatus Glitterati, anda beruntung kerana mendapat kelebihan yang eksklusif diberikan oleh pihak Nuffnang.


KELEBIHAN BLOGGER BERSTATUS GLITTERATI

·         Earning anda akan meningkat lebih banyak berbanding blogger yang berstatus ordinary (biasa).
·         Anda akan dibayar sebanyak RM 0.25 setiap klik berbanding blogger biasa iaitu RM 0.15.
·        Anda akan berpeluang untuk mendapat Buffered Earning berbanding blogger biasa yang tak akan dapat langsung.
·       Anda akan mendapat bayaran dalam masa 30 hari selepas tarikh cashout berbanding blogger biasa iaitu selama 60 hari.
·        Pihak pengiklan lebih mengutamakan blogger yang berstatus Glitterati untuk pengiklanan.
·        Pihak Nuffnang memperuntukkan 70% event untuk blogger berstatus Glitterati dan 30% untuk blogger berstatus ordinary.
·        Pihak Nuffnang memperuntukkan 70% hadiah eksklusif untuk blogger berstatus Glitterati dan 30% untuk blogger berstatus ordinary.

KELEBIHAN BLOGGER YANG BERSTATUS ORDINARY
·         Anda boleh memasang sebarang iklan dari mana-mana company.
·         Anda boleh join Advertlets, Innity, Youthsays dan Manga Ads.
·         Anda tidak akan rasa tertekan bila tengok earning Nuffnang.   

Tetapi kena ingat, untuk kekal sebagai blogger yang berstatus Glitterati, jangan sesekali cuba nak menduakan Glitterati ne dengan meletakkan iklan dari syarikat pesaing yang tidak dibenarkan oleh Nuffnang. Tak pasal-pasal status Glitterati anda bertukar menjadi status ordinary. Dan satu lagi jangan gatal tangan nak cuba klik iklan yang keluar dekat blog anda tu. 


Ini kerana setiap kali iklan Nuffnang itu diklik, ianya akan direkod berdasarkan ip address. Secara tak langsung status Glitterati anda akan ditarik balik. So, bila dah ditarik balik nak dapatkan semula memang susah la. Korang kena setia dengan Nuffnang tau..^_^

TUTORIAL: CARA DAFTAR CHURP CHURP





Salam semua. Aku tahu ramai dah yang tahu kewujudan churp2 nih..Kat sini aku nak kongsikan cara daftar churp2 tuh.

1. First korang klik di sini DAFTAR CHURP CHURP
2. Kalau korang ada akaun "FACEBOOK" atau "TWITTER" , register terus guna akaun yang dah sedia ada. Just masukan je emel dan password facebook atau twitter.
3. Bila dah masuk, paparan berikut minta anda isi detail. Tapi kalau takda, boleh pergi kat sebelah KANAN - ATAS - NAMA ANDA - MANAGE ACCOUNT - GENERAL.
4. Kemudaian korang save @update button tu
5. Siap je pergi pada SEBELEH KIRI ada tekan menu REWARDS
6. Klik pada mana-mana iklan yang diletakkan pada akaun andaseperti di bawah nih.


7. Past klik mana2 iklan yang ada perkataan SHARE NOW.
8. Pastu anda isi ruangan "Share this message (or personalise your own).... Boleh isi ayat sendiri atau pilih je ayat yang dia bagi. Lepas tu Save ler.

9. Satu link akan muncul di "SHARE YOUR PERSONAL CAMPAIGN LINK ON ANY SOCIAL PLATFORMS OF YOUR CHOICE".

Sekian je dari aku..Selamat menjana duit ye kawan2.. ^_^


Wednesday 3 April 2013

TUTORIAL: PANDUAN MEMILIH KURSUS SEBELUM MELANJUTKAN PELAJARAN


Disini aku nak share panduan ketika hendak memilih kursus untuk melanjutkan pelajaran korang. Harap semua panduan ini dapat membantu korang dalam pemilihan kursus tersebut.




Panduan memilih kursus adalah seperti berikut :

SECARA UMUM:
  1. Kenali KELAYAKAN Anda & Analisa setiap syarat kelayakan minimum supaya kita tak rugi apply sesuatu yang kita tak lepasi syaratnya.
  2. Kenali diri anda MINAT ke arah apa? Business? Sastera? Sains? Teknikal?
  3. Pastikan tempat yang anda pilih SESUAI DGN DIRI ANDA, sesetengah orang tidak mahu terlalu jauh dengan keluarga.
  4. TULIS SENARAI kursus yang anda minat dan bincangkan dengan ibubapa, abang kakak atau cikgu anda supaya dapat nasihat daripada mereka kerana mereka mungkin ada cadangan yang bernas.
  5. Jangan ambil kursus yang anda TIDAK MINAT kerana akan mengurangkan semangat untuk belajar.
  6. KENALI KEMAMPUAN anda, jika yakin dengan pilihan teruskan sebab rezeki Allah tentukan.
  7. Selepas buat keputusan tetapi masih dilema lakukanlah SOLAT ISTIKHARAH.. Buat keputusan terbaik kerana ia merupakan hala tuju hidup anda.

 FAKTOR PEMILIHAN KURSUS:

  1.  Pencapaian akademik  pelajar
  2. Cita-cita! (Kerjaya)
  3. Minat!
  4. Keinginan Ibu bapa!
  5. Pengaruh Rakan Sebaya!
  6. Lokasi IPTA dan pilihan program pengajian
STRATEGI MEMBUAT PILIHAN KURSUS:
  1. Tentukan aliran anda;
  2. Pastikan syarat minimum  mencukupi;
  3. Susunan 8 pilihan mengikut keutamaan;
  4. Pilihan program pengajian diperluaskan; dan
  5. Pilihan bilangan IPTA juga diperluaskan.
PANDUAN MEMILIH IPTS: 

  1. Pengiktirafan oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN)
  2. Kemudahan fizikal.
  3. Bilangan pensyarah dan kelayakan yang dimiliki.
  4. Yuran (buat perbandingan dengan IPTS lain )seperti yang kita ketahui IPTS lebih mahal dari IPTA.
  5. Bantuan Kewangan.
  6. Tanya rakan-rakan yang penah belajar di situ.
  7. Kemudahan penginapan.
p/s: Jangan lupa buat solat istikharah supaya kursus yang kita pilih tu benar2 akan bagi manfaat kepada kita nati kelak. Insyallah Allah pasti akan beri kita jalan yang terbaik nanti.. ^_^

TUTORIAL: CARA ISI UPU ONLINE


Panduan mengisi borang  permohonan UPU Online
  • Layari Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA/ Politeknik Premier –  http://upu.mohe.gov.my
  • Baca Manual Panduan Mengisi Borang di  [ sini ]
PERMOHONAN
  • Login
Klik butang permohonan pada menu utama
i. Masukan butiran berikut (muka depan):
  • Nombor Kad Pengenalan/ MyKad;
  • Nombor Kad Pengenalan/MyKad semasa pendaftaran peperiksaan;
  • Nombor Unik ID;
    • Calon perlu menggunakan Nombor Unik ID yang dibeli sendiri dengan bayaran RM 10.60  di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan Nombor Kad Pengenalan / MyKad pemohon. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan Nombor Unik ID.
    • Jangan dedahkan Nombor Unik ID anda kepada orang lain, kerana ianya adalah SULIT.
  • Kata laluan (6- 8 aksara/ alphanumeric) dan pengesahan kata laluan;
  • Nama Ibu
  • Kategori Permohonan; dan
  • Kod Imej.
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
A. MAKLUMAT PERIBADI
No. Kad Pengenalan/MyKad, No. Kad Pengenalan/MyKad (Bapa/Penjaga), No Kad Pengenalan/MyKad (Ibu), Nama, Tarikh Lahir, Tempat Lahir, Alamat Surat-menyurat, Bandar, Poskod, Negeri, No. Telefon Rumah, No. Telefon Bimbit, E-mel, Taraf Perkahwinan, Kecacatan, Maklumat Kecacatan dan Penyakit.
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
B. MAKLUMAT PEKERJAAN & PENDAPATAN KELUARGA
Status Pekerjaan Bapa/Penjaga/Ibu/Pemohon, Tempoh Pengalaman Kerja Pemohon, Pendapatan Keluarga, Tanggungan Keluarga, Tempat Tinggal, No. LHDN (Bapa/Ibu/Penjaga)
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
C. MAKLUMAT AKADEMIK & KATEGORI PERMOHONAN
Kelayakan Pemohon, Jenis Sekolah, Kod Sekolah, Angka Gilir SPM dan Tahun SPM
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
D. MAKLUMAT KOKURIKULUM SPM/SETARAF
CGPA Kokurikulum, Sukan/ Permainan, Badan Beruniform, Kelab/ Persatuan, Jawatan, Tahap Penglibatan, Jenis Kejohanan dan Penganugerahan Sijil.
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
E. MAKLUMAT PILIHAN PROGRAM
      1. Pilihan Bidang Pengajian Mengikut Keutamaan
      2. Pilihan Program Pengajian Mengikut Keutamaan
        • Setiap pemohon dibenarkan memilih lapan (8) pilihan program pengajian.
        • Pelajar perlu memilih sekurang-kurangnya empat (4) pilihan program pengajian yang berlainan.
Program Pengajian Bertemuduga
Calon hanya boleh mengemukakan permohonan bagi pilihan 1 hingga 4 sahaja.
Pernyataan Ya atau Tidak
Menerima Tawaran Luar Pilihan
KEMASUKAN KE TEVT & ILKA
Pernyataan Ya atau Tidak untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke TEVT (Politeknik Konvensional) & ILKA
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
G. LAIN-LAIN MAKLUMAT TAMBAHAN
Pernyataan Ya atau Tidak
  • Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
  • Wang Pinjaman Pendahuluan (WPP) PTPTN
  • Maklumat Permohonan Diberikan Kepada Pihak Ketiga
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang PENGESAHAN MAKLUMAT
Paparan semua maklumat yang telah diisi akan dipaparkan
Semak semua maklumat yang telah diisi
  • Klik pada butang Sah & Hantar untuk mengesahkan permohonan telah diterima oleh sistem
  • Cetak pengesahan maklumat diterima oleh sistem keseluruhan permohonan untuk simpanan dan rujukan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan satu (1) kali permohonan dan tiga (3) kali proses pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.
CARTA ALIR PERMOHONAN UPU ONLINE – di sini
SHARING IS CARING ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...