Monday 8 April 2013

INFO: DICKSON NWAKAEME SAH PEMAIN IMPORT BARU KELANTAN

Dickson Nwakaeme
Semalam menerusi Facebook Tan Sri Annuar Musa beliau ada mengumumkan mengenai kemasukan pemain import baru Kelantan. Pemain berkenaan adalah Dickson Nwakaeme (Nigeria)yang telah berjaya menarik perhatian pengurusan pasukan Kelantan dalam aksi persahabatan yang lepas.


Menurut Tan Sri Annuar Musa, Dickson Nwakaeme telah menandatangani kontrak selama 1 tahun dengan ‘option’ 1 tahun namun jumlah bayaran gaji atau perpindahan tidak dimaklumkan. Berdasarkan sumber www.transfermarkt.co.uk, anggaran nilai untuk Dickson Nwakaeme (pemain kelab FC Oulun Pallo) adalah sekitar £450,000.
Kemasukan Dickson Nwakaeme sudah tentu amat ditagih oleh semua penyokong Kelantan yang kecewa dengan prestasi hambar jentera serangan diketuai oleh Keita Mandjou. Dickson Nwakaeme dijangka akan disenaraikan dalam pemain import untuk saingan Piala AFC 2013 terlebih dahulu bersama 3 pemain import lain dan khidmat Keita Mandjou akan terus digunakan dalam saingan Liga Super 2013.
Pendaftaran pemain baru hanya akan dibuka pada April nanti dan sebarang perubahan posisi pemain import bergantung pada prestasi mereka selama 2 bulan ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...