Disini aku nak share panduan ketika hendak memilih kursus untuk melanjutkan pelajaran korang. Harap semua panduan ini dapat membantu korang dalam pemilihan kursus tersebut.
Panduan memilih kursus adalah seperti berikut :
SECARA UMUM:
- Kenali KELAYAKAN Anda & Analisa setiap syarat kelayakan minimum supaya kita tak rugi apply sesuatu yang kita tak lepasi syaratnya.
- Kenali diri anda MINAT ke arah apa? Business? Sastera? Sains? Teknikal?
- Pastikan tempat yang anda pilih SESUAI DGN DIRI ANDA, sesetengah orang tidak mahu terlalu jauh dengan keluarga.
- TULIS SENARAI kursus yang anda minat dan bincangkan dengan ibubapa, abang kakak atau cikgu anda supaya dapat nasihat daripada mereka kerana mereka mungkin ada cadangan yang bernas.
- Jangan ambil kursus yang anda TIDAK MINAT kerana akan mengurangkan semangat untuk belajar.
- KENALI KEMAMPUAN anda, jika yakin dengan pilihan teruskan sebab rezeki Allah tentukan.
- Selepas buat keputusan tetapi masih dilema lakukanlah SOLAT ISTIKHARAH.. Buat keputusan terbaik kerana ia merupakan hala tuju hidup anda.
FAKTOR PEMILIHAN KURSUS:
- Pencapaian akademik pelajar
- Cita-cita! (Kerjaya)
- Minat!
- Keinginan Ibu bapa!
- Pengaruh Rakan Sebaya!
- Lokasi IPTA dan pilihan program pengajian
STRATEGI MEMBUAT PILIHAN KURSUS:
- Tentukan aliran anda;
- Pastikan syarat minimum mencukupi;
- Susunan 8 pilihan mengikut keutamaan;
- Pilihan program pengajian diperluaskan; dan
- Pilihan bilangan IPTA juga diperluaskan.
PANDUAN MEMILIH IPTS:
- Pengiktirafan oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN)
- Kemudahan fizikal.
- Bilangan pensyarah dan kelayakan yang dimiliki.
- Yuran (buat perbandingan dengan IPTS lain )seperti yang kita ketahui IPTS lebih mahal dari IPTA.
- Bantuan Kewangan.
- Tanya rakan-rakan yang penah belajar di situ.
- Kemudahan penginapan.
p/s: Jangan lupa buat solat istikharah supaya kursus yang kita pilih tu benar2 akan bagi manfaat kepada kita nati kelak. Insyallah Allah pasti akan beri kita jalan yang terbaik nanti.. ^_^
No comments:
Post a Comment