Panduan mengisi borang permohonan UPU Online
- Layari Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA/ Politeknik Premier – http://upu.mohe.gov.my
- Baca Manual Panduan Mengisi Borang di [ sini ]
PERMOHONAN
- Login
Klik butang permohonan pada menu utama
i. Masukan butiran berikut (muka depan):
- Nombor Kad Pengenalan/ MyKad;
- Nombor Kad Pengenalan/MyKad semasa pendaftaran peperiksaan;
- Nombor Unik ID;
- Calon perlu menggunakan Nombor Unik ID yang dibeli sendiri dengan bayaran RM 10.60 di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan Nombor Kad Pengenalan / MyKad pemohon. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan Nombor Unik ID.
- Jangan dedahkan Nombor Unik ID anda kepada orang lain, kerana ianya adalah SULIT.
- Kata laluan (6- 8 aksara/ alphanumeric) dan pengesahan kata laluan;
- Nama Ibu
- Kategori Permohonan; dan
- Kod Imej.
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
A. MAKLUMAT PERIBADI
No. Kad Pengenalan/MyKad, No. Kad Pengenalan/MyKad (Bapa/Penjaga), No Kad Pengenalan/MyKad (Ibu), Nama, Tarikh Lahir, Tempat Lahir, Alamat Surat-menyurat, Bandar, Poskod, Negeri, No. Telefon Rumah, No. Telefon Bimbit, E-mel, Taraf Perkahwinan, Kecacatan, Maklumat Kecacatan dan Penyakit.
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
B. MAKLUMAT PEKERJAAN & PENDAPATAN KELUARGA
Status Pekerjaan Bapa/Penjaga/Ibu/Pemohon, Tempoh Pengalaman Kerja Pemohon, Pendapatan Keluarga, Tanggungan Keluarga, Tempat Tinggal, No. LHDN (Bapa/Ibu/Penjaga)
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
C. MAKLUMAT AKADEMIK & KATEGORI PERMOHONAN
Kelayakan Pemohon, Jenis Sekolah, Kod Sekolah, Angka Gilir SPM dan Tahun SPM
Kelayakan Pemohon, Jenis Sekolah, Kod Sekolah, Angka Gilir SPM dan Tahun SPM
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
D. MAKLUMAT KOKURIKULUM SPM/SETARAF
CGPA Kokurikulum, Sukan/ Permainan, Badan Beruniform, Kelab/ Persatuan, Jawatan, Tahap Penglibatan, Jenis Kejohanan dan Penganugerahan Sijil.
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
E. MAKLUMAT PILIHAN PROGRAM
- Pilihan Bidang Pengajian Mengikut Keutamaan
- Pilihan Program Pengajian Mengikut Keutamaan
- Setiap pemohon dibenarkan memilih lapan (8) pilihan program pengajian.
- Pelajar perlu memilih sekurang-kurangnya empat (4) pilihan program pengajian yang berlainan.
Program Pengajian Bertemuduga
Calon hanya boleh mengemukakan permohonan bagi pilihan 1 hingga 4 sahaja.
Pernyataan Ya atau Tidak
Menerima Tawaran Luar Pilihan
KEMASUKAN KE TEVT & ILKA
Pernyataan Ya atau Tidak untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke TEVT (Politeknik Konvensional) & ILKA
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
G. LAIN-LAIN MAKLUMAT TAMBAHAN
G. LAIN-LAIN MAKLUMAT TAMBAHAN
Pernyataan Ya atau Tidak
- Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
- Wang Pinjaman Pendahuluan (WPP) PTPTN
- Maklumat Permohonan Diberikan Kepada Pihak Ketiga
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang PENGESAHAN MAKLUMAT
Paparan semua maklumat yang telah diisi akan dipaparkan
Semak semua maklumat yang telah diisi
- Klik pada butang Sah & Hantar untuk mengesahkan permohonan telah diterima oleh sistem
- Cetak pengesahan maklumat diterima oleh sistem keseluruhan permohonan untuk simpanan dan rujukan.
- Calon dibenarkan mengemukakan satu (1) kali permohonan dan tiga (3) kali proses pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.
CARTA ALIR PERMOHONAN UPU ONLINE – di sini
SHARING IS CARING ^_^
No comments:
Post a Comment