Thursday 5 December 2013

NURANI: AMALAN-AMALAN SUNAT HARI JUMAAT



Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW
Membaca Surah Al-Kahfi
Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan memunaikan solat jumaat
Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari jumaat.
Memperbanyakkan membaca Al-Quran
Memperbanyakkan amalan bersedeqah
Memperbanyakkan amalan sunat
Memotong kuku kaki dan tangan
Memperbanyakkan zikrullah
Memakai pakaian sunnah
Memakai wangi-wangian
Hadir awal ke masjid

Rasulullah bersabda yang maksudnya :

“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat”.

(HR Ibnu Majah)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...