Thursday 8 November 2012

NURANI: KELEBIHAN WANITA BERTUDUNG

Hari ni aku nak kongsi tentang kelebihan wanita yang bertudung dari segi fakta sains. Aku jumpa info ni dalam satu websaite..x ingat nama website tu. Apa2 pun aku harap perempuan yang belum bertudung tu yakni menutup aurat sedar la kenapa Islam menyuruh kita untuk menutup aurat. ^_^

Mari berkongsi semua...


Baiklah..macam-macam propaganda yang kita dengar. Saban waktu, ramai yang mempertikai hukum pemakaian tudung. Terkejut juga apabila mendengar padah bertudung ni..katanya  memerangkap haba dalam badanlah, migrainlah, sakit kepalalah, barah otaklah dan pelbagai mitos-mitos serta kisah dongeng jahiliyyah yang lain.


Jadi, saya merasa terpanggil untuk berkongsi tentang fakta nih.

Ketahuilah, bertudung itu baik, kerana Allah tahu apa yang terbaik buat kita.

Tak percaya?

Merujuk artikel "The Science Behind the Veil" mengatakan 'Ujian-ujian menunjukkan 40-60 peratus kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala justeru menutupnya terutama dimusim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain'.

Tapi macam mana pula kalau panas?Panaskah? Boilingkah?
ha...

Fakta 1st

V.G. Rocine, seorang pakar otak mengatakan fosforus otak menjadi cair pada 108 suhu Farenheit. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya seseorang berada di bawah keadaaan panas terik tanpa menutup kepala. Apabila fosforus cair, fungsi otak akan menurun. Hal ini dinyatakan dalam www.islamonline.net/english/Science.

Dalam artikel lain pula iaitu Highest Phosphorus Foods di Canadian Neuro-Optic Reserch Institute Online, dinyatakan, "sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105 darjah Farenheit, ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan ini menjejaskan kesihatan otak. Justeru, kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas".

Baiklah, mengantuk ke membaca fakta semata..?~

Sahabat-sahabat, sedarilah bahawa kita tidak kehilangan hak untuk menunjuk-nunjuk. Kita sebenarnya telah berjaya membebaskan diri kita daripada perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk-nunjuk, bersaing, berbelanja lebih dan berdiet semata-mata ingin menunjuk-nunjuk @ menarik perhatian mereka yg berlawanan jantina dgn kita.

Dalam konteks jangka masa panjang, apabila kaum lelaki melihat dgn lebih mendalam(mendasari pemakaian seksi, ketat, mengancam.)mereka akan menyedari terdapat perasaan terdesak dalam keadaan tersebut untuk mendapatkan perhatian..(^_^)

Jadi..
Kita mestilah berbangga dengan apa yang kita miliki kerana kita tidak terperangkap dalam situasi ini. ok?.......mari berlapang dada~ Allah lebih mengetahui yg terbaik buat hamba-Nya.

Maka..

Janganlah sahabat-sahabat risau dengan keadaan pemakaian kita yang dikatakan kolot, poyo, konservatif dan sebagainya kerana kita dipihak yang benar.

ISLAM ITU MUDAH..TP KENAPA KITA MENYUKARKAN ISLAM...FIKIRKANLAH DAN RENUNGKANLAH....AHLAN WASSALAM...

2 comments:

  1. Tp ramai gk puan yang bertudung tp tak tutup aurat...dunia akhir zaman dh kita skrg...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...