Hari ni aku nak share dengan korang pasal FAKTA APABILA KITA SENYUM,almaklumlah blog aku pun nama SMILE WITH ME kn...hahaha..Ok di bawah nih aku bagi fakta pasal senyum. Senyun pun biarlah bersebab tau...Jangan x de ribut x de angin korang senyum lak...apa1 pun selamat membaca ye kawan2..^_^
1. Para saintis mendapati senyum
dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat
merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf
otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat
percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan
hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan.
Apabila kita tersenyum, badan
turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman
memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang ‘sudah
sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi)
ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya
menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi
gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam
otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu
rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu
yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama
seperti bersenam 10 minit.
Hal ini terjadi kerana apabila
kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian
kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda
ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa
kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara
empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari
di kalangan orang dewasa.
Jesteru tidak hairan jika orang
dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan
kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh
sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan
terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik.
Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak
baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua
kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama
dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah
bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit
sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut,
kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon
‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress
‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .
9. Ketika kita ketawa, sel
pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan
pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting
untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan
penyakit).
10. Senyuman juga mampu
merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini
secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
Banyak kajian terbukti bahawa
tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan
dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan
ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko
penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.
Pusat Perubatan Universiti
Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus
orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara
senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan,
muka, kaki dan otot belakang badan.
Ketawa ‘mengurut’ organ dalam
abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan
meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan
psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu
memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan
nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori
seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai
kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu
sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik
Senyum x perlu kata apa-apa. ^_^
Senyum x perlu kata apa-apa. ^_^
No comments:
Post a Comment