Assalamuailakum wahai kawanku sekalian. Ni aku nak kongsi dengan korang sebab apa Zionis nak sangat Palestin jadi jajahan nya. Untuk tahu sebabnya korang baca la info yang aku dapat dari sebuah forum. Harap info neh dapat membantu kita untuk berdoa agar saudara kita yang berada di palestin selamat dari menjadi mangsa kekejaman Zionis laknatullah neh.. Aminn..
Masjid Al-Aqsa |
Freemasonry adalah organisasi Yahudi International, sekaligus merupakan sebuah gerakan rahsia yang paling besar dan paling berpengaruh di dunia. Freemasonry terdiri daripada dua kata yang di satukan. Free bermaksud bebas atau merdeka, manakala Mason pula bererti adalah juru bangun atau pembangun. Tujuan akhir gerakan Freemason ini adalah untuk membangunkan kembali cita-cita khayalan mereka, yakni mendirikan Haikal Sulaiman atau Solomon Temple.
Gambaran pelukis tentang Freemasonry |
Berkaitan dengan Haikal Sulaiman atau Solomon Temple ini sendiri, banyak sumber yang memberikan definisi yang berbeza. Salah satu tafsiran yang paling terkenal adalah, Haikal Sulaiman dikatakan berada di bawah tanah yang kini di atasnya adalah Masjidil Aqsa.
Mereka yakin, pada tahun 1012 Sebelum Masihi (SM), Nabi Sulaiman as telah membangunkan Haikal di atas Gunung Soraya di wilayah Palestin. Tetapi pada tahun 586 SM, Raja Nebukhadnezar dari Babilonia menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Tahun 533 SM, bangunan ini didirikan kembali oleh seorang bernama Zulbabil yang telah bebas dari tawanan Babilonia. Atas pembebasannya itulah, dia telah membangun kembali Haikal Sulaiman.
Pada tahun ke 70 M, seorang penguasa Romawi telah menakluki Palestin dan telah membakar serta menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Kerosakan berterusan ini dialami setelah penyerbuan Bangsa Hadriyan. Begitu pula sewaktu kekuasaan orang Islam, dikatakan kononnya Haikal Sulaiman telah di hancurkan dan sebagai gantinya telah didirikan Masjidil Aqsa pada abad ke-7.
Tapi tafsiran lain tentang hal ini juga mengatakan, Haikal Sulaiman adalah sebuah wilayah kekuasan yang sangat luas. Bahkan hingga ke wilayah Khaibar, saat dimana kaum Yahudi diusir di zaman Rasulullah Muhammad. Oleh sebab itulah, mereka yakin bahawa mereka harus menguasai seluruh dunia, bahkan hingga tanah Khaibar, tempat dimana mereka telah diusir dahulu karana pengkhianatan mereka pada Rasulullah SAW dan piagam Madinah.
Dan untuk itulah mereka berusaha untuk mengambil semula Haikal Sulaiman dan mendirikan kekuasannya secara nyata, serta mempengaruhi pemerintahan dan kekuasan yang mampu mereka pengaruhi (seperti negara Eropah, USA dan beberapa negara Islam-liberal). Dan untuk menyebarkan kekuasaan itu, salah satu rintangan besar yang dihadapi oleh gerakan ini adalah agama-agama, terutama agama Samawi atau agama-agama wahyu, Islam dan Kristian.
Sebelum kaum Muslimin sedar tentang 'bahayanya' gerakan Freemason, tentangan terhadap organisasi ini terlebih dulu dilakukan oleh kalangan pemimpin gereja. Tentangan daripada gereja Katholik ini terjadi karana Freemason telah menjadi organisasi tempat berkumpulnya golongan yang anti-agama.
Wassalam...Semoga Allah melindungi saudara kita di Palestin...
No comments:
Post a Comment