Sunday, 7 April 2013

TUTORIAL: CARA DAFTAR CHURP CHURP





Salam semua. Aku tahu ramai dah yang tahu kewujudan churp2 nih..Kat sini aku nak kongsikan cara daftar churp2 tuh.

1. First korang klik di sini DAFTAR CHURP CHURP
2. Kalau korang ada akaun "FACEBOOK" atau "TWITTER" , register terus guna akaun yang dah sedia ada. Just masukan je emel dan password facebook atau twitter.
3. Bila dah masuk, paparan berikut minta anda isi detail. Tapi kalau takda, boleh pergi kat sebelah KANAN - ATAS - NAMA ANDA - MANAGE ACCOUNT - GENERAL.
4. Kemudaian korang save @update button tu
5. Siap je pergi pada SEBELEH KIRI ada tekan menu REWARDS
6. Klik pada mana-mana iklan yang diletakkan pada akaun andaseperti di bawah nih.


7. Past klik mana2 iklan yang ada perkataan SHARE NOW.
8. Pastu anda isi ruangan "Share this message (or personalise your own).... Boleh isi ayat sendiri atau pilih je ayat yang dia bagi. Lepas tu Save ler.

9. Satu link akan muncul di "SHARE YOUR PERSONAL CAMPAIGN LINK ON ANY SOCIAL PLATFORMS OF YOUR CHOICE".

Sekian je dari aku..Selamat menjana duit ye kawan2.. ^_^


Wednesday, 3 April 2013

TUTORIAL: PANDUAN MEMILIH KURSUS SEBELUM MELANJUTKAN PELAJARAN


Disini aku nak share panduan ketika hendak memilih kursus untuk melanjutkan pelajaran korang. Harap semua panduan ini dapat membantu korang dalam pemilihan kursus tersebut.




Panduan memilih kursus adalah seperti berikut :

SECARA UMUM:
  1. Kenali KELAYAKAN Anda & Analisa setiap syarat kelayakan minimum supaya kita tak rugi apply sesuatu yang kita tak lepasi syaratnya.
  2. Kenali diri anda MINAT ke arah apa? Business? Sastera? Sains? Teknikal?
  3. Pastikan tempat yang anda pilih SESUAI DGN DIRI ANDA, sesetengah orang tidak mahu terlalu jauh dengan keluarga.
  4. TULIS SENARAI kursus yang anda minat dan bincangkan dengan ibubapa, abang kakak atau cikgu anda supaya dapat nasihat daripada mereka kerana mereka mungkin ada cadangan yang bernas.
  5. Jangan ambil kursus yang anda TIDAK MINAT kerana akan mengurangkan semangat untuk belajar.
  6. KENALI KEMAMPUAN anda, jika yakin dengan pilihan teruskan sebab rezeki Allah tentukan.
  7. Selepas buat keputusan tetapi masih dilema lakukanlah SOLAT ISTIKHARAH.. Buat keputusan terbaik kerana ia merupakan hala tuju hidup anda.

 FAKTOR PEMILIHAN KURSUS:

  1.  Pencapaian akademik  pelajar
  2. Cita-cita! (Kerjaya)
  3. Minat!
  4. Keinginan Ibu bapa!
  5. Pengaruh Rakan Sebaya!
  6. Lokasi IPTA dan pilihan program pengajian
STRATEGI MEMBUAT PILIHAN KURSUS:
  1. Tentukan aliran anda;
  2. Pastikan syarat minimum  mencukupi;
  3. Susunan 8 pilihan mengikut keutamaan;
  4. Pilihan program pengajian diperluaskan; dan
  5. Pilihan bilangan IPTA juga diperluaskan.
PANDUAN MEMILIH IPTS: 

  1. Pengiktirafan oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN)
  2. Kemudahan fizikal.
  3. Bilangan pensyarah dan kelayakan yang dimiliki.
  4. Yuran (buat perbandingan dengan IPTS lain )seperti yang kita ketahui IPTS lebih mahal dari IPTA.
  5. Bantuan Kewangan.
  6. Tanya rakan-rakan yang penah belajar di situ.
  7. Kemudahan penginapan.
p/s: Jangan lupa buat solat istikharah supaya kursus yang kita pilih tu benar2 akan bagi manfaat kepada kita nati kelak. Insyallah Allah pasti akan beri kita jalan yang terbaik nanti.. ^_^

TUTORIAL: CARA ISI UPU ONLINE


Panduan mengisi borang  permohonan UPU Online
  • Layari Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA/ Politeknik Premier –  http://upu.mohe.gov.my
  • Baca Manual Panduan Mengisi Borang di  [ sini ]
PERMOHONAN
  • Login
Klik butang permohonan pada menu utama
i. Masukan butiran berikut (muka depan):
  • Nombor Kad Pengenalan/ MyKad;
  • Nombor Kad Pengenalan/MyKad semasa pendaftaran peperiksaan;
  • Nombor Unik ID;
    • Calon perlu menggunakan Nombor Unik ID yang dibeli sendiri dengan bayaran RM 10.60  di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan Nombor Kad Pengenalan / MyKad pemohon. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan Nombor Unik ID.
    • Jangan dedahkan Nombor Unik ID anda kepada orang lain, kerana ianya adalah SULIT.
  • Kata laluan (6- 8 aksara/ alphanumeric) dan pengesahan kata laluan;
  • Nama Ibu
  • Kategori Permohonan; dan
  • Kod Imej.
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
A. MAKLUMAT PERIBADI
No. Kad Pengenalan/MyKad, No. Kad Pengenalan/MyKad (Bapa/Penjaga), No Kad Pengenalan/MyKad (Ibu), Nama, Tarikh Lahir, Tempat Lahir, Alamat Surat-menyurat, Bandar, Poskod, Negeri, No. Telefon Rumah, No. Telefon Bimbit, E-mel, Taraf Perkahwinan, Kecacatan, Maklumat Kecacatan dan Penyakit.
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
B. MAKLUMAT PEKERJAAN & PENDAPATAN KELUARGA
Status Pekerjaan Bapa/Penjaga/Ibu/Pemohon, Tempoh Pengalaman Kerja Pemohon, Pendapatan Keluarga, Tanggungan Keluarga, Tempat Tinggal, No. LHDN (Bapa/Ibu/Penjaga)
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
C. MAKLUMAT AKADEMIK & KATEGORI PERMOHONAN
Kelayakan Pemohon, Jenis Sekolah, Kod Sekolah, Angka Gilir SPM dan Tahun SPM
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
D. MAKLUMAT KOKURIKULUM SPM/SETARAF
CGPA Kokurikulum, Sukan/ Permainan, Badan Beruniform, Kelab/ Persatuan, Jawatan, Tahap Penglibatan, Jenis Kejohanan dan Penganugerahan Sijil.
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
E. MAKLUMAT PILIHAN PROGRAM
      1. Pilihan Bidang Pengajian Mengikut Keutamaan
      2. Pilihan Program Pengajian Mengikut Keutamaan
        • Setiap pemohon dibenarkan memilih lapan (8) pilihan program pengajian.
        • Pelajar perlu memilih sekurang-kurangnya empat (4) pilihan program pengajian yang berlainan.
Program Pengajian Bertemuduga
Calon hanya boleh mengemukakan permohonan bagi pilihan 1 hingga 4 sahaja.
Pernyataan Ya atau Tidak
Menerima Tawaran Luar Pilihan
KEMASUKAN KE TEVT & ILKA
Pernyataan Ya atau Tidak untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke TEVT (Politeknik Konvensional) & ILKA
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
G. LAIN-LAIN MAKLUMAT TAMBAHAN
Pernyataan Ya atau Tidak
  • Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
  • Wang Pinjaman Pendahuluan (WPP) PTPTN
  • Maklumat Permohonan Diberikan Kepada Pihak Ketiga
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang PENGESAHAN MAKLUMAT
Paparan semua maklumat yang telah diisi akan dipaparkan
Semak semua maklumat yang telah diisi
  • Klik pada butang Sah & Hantar untuk mengesahkan permohonan telah diterima oleh sistem
  • Cetak pengesahan maklumat diterima oleh sistem keseluruhan permohonan untuk simpanan dan rujukan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan satu (1) kali permohonan dan tiga (3) kali proses pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.
CARTA ALIR PERMOHONAN UPU ONLINE – di sini
SHARING IS CARING ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...