Friday, 13 December 2013

INFO: ANNUAR MUSA UNDUR DIRI, LETAK JAWATAN DALAM BOLA SEPAK

Bapa pembangunan bola sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa pagi ini mengumumkan akan mengundur diri menerusi akaun Facebook berkuatkuasa serta-merta.

Ikuti luahannya untuk siaran media di akaun facebook  peribadinya.

Saya telah mengikuti dengan teliti perkembangan dan kemelut yang berlaku, khususnya antara YB Menteri Belia dan Sukan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sejak saya dilantik menganggotai Jawatankuasa Pembangunan Program Bolasepak Negara (JKPPBSN), November lalu.

Adalah ditegaskan pelantikan yang dibuat oleh YB Menteri terhadap saya, atas sifat saya selaku Ahli Parlimen Malaysia (Bersama seorang lagi Ahli Parlimen yang lain) ADALAH SAH dan tidak harus dipertikaikan. YB Menteri pada menjalankan tugas dan dengan kuasanya BERHAK melantik sesiapa sahaja mengikut budibicaranya bagi menganggotai JKPPBSN tersebut. Usaha YB Menteri melantik pelbagai pihak dan ‘stakeholders’ ini amat dialu-alukan sekali.

Adalah ditegaskan juga bahawa Jawatankuasa yang dibentuk YB Menteri adalah sebuah entiti Kerajaan yang mempunyai peranan yang lebih luas, terutama dalam konteks pembangunan bolasepak. Ia di luar SKOP DAN KUATKUASA peraturan mana-mana persatuan termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Kuasa persatuan hanya terhad kepada ahlinya serta badan gabungan dibawahnya sahaja.

Namun, saya juga memahami bahawa adalah JANGGAL bagi FAM untuk turut menduduki sebuah Jawatankuasa yang turut melibatkan individu yang mereka sendiri menghukumnya. Mereka mungkin merasa TERCABAR dengan pelantikan sedemikian. JUSTERU FAM BERPENDAPAT MEREKA TIDAK BOLEH MENYERTAI Jawatankuasa berkenaan, selagi saya menganggotai Jawatankuasa tersebut.

Bagi saya pula, sebagai Pegawai, aktivitis dan peminat yang cintakan sukan bolasepak, KEMAJUAN BOLASEPAK MALAYSIA adalah lebih penting dari segala-galanya.

Pada masa ini, tahap kemajuan bolasepak negara berada pada tahap yang bukan sahaja rendah tapi juga menimbulkan keresahan dan kekecewaan umum. Kedudukan Malaysia dalam ranking dunia bukanlah pada tangga yang selayaknya, apabila kita terperosok jauh hatta berbanding negara yang jauh lebih mundur dan tidak berkeupayaan seperti kita.

Namun, diperlihatkan bahawa PIHAK BERWAJIB seolah-olah hilang daya dan keupayaan membawa perubahan sewajarnya. Individu-individu yang ternyata gagal membawa prestasi yang diharapkan masih mahu kekal berkuasa dan menjadikan BADAN berwajib seumpama milik peribadi. Lebih parah lagi kontroversi demi kontroversi dicetuskan dan ‘goodwill’ dengan banyak pihak samalah tidak wujud. Teguran dan pandangan ikhlas ahli dan pihak lain dilayan dengan kekerasan peraturan yang tidak wajar. Urusan pentadbiran dan kewangan yang tidak telus serta semangat kekeluargaan bolasepak Malaysia semakin tidak dihiraukan. Pada masa yang sama prestasi bolasepak negara terus merudum. Pihak berwajib dilihat makin terpisah dari denyut nadi lagi ahlinya serta para peminat bolasepak Malaysia.

Di saat bolasepak negara berada dalam situasi demikian, inisiatif berani yang diambil oleh YB Menteri datang tepat pada masanya. Bolasepak negara bertuah kerana YB Menteri dan Kerajaan menunjukkan komitmen dan ‘will’ yang tinggi untuk memajukan bolasepak. Lebih penting lagi, buat pertama kalinya ‘diagnosis’ serta ‘prescription’ bagi menyembuhkan penyakit kurang upayanya bolasepak Malaysia dibuat atas inisiatif pemerintah. Bagi saya ini adalah satu langkah yang AMAT PENTING dalam usaha menjadikan bolasepak negara cemerlang di masa akan datang.

Mengambil kira semua perkara di atas dan setelah memikirkan dengan mendalam DEMI KEMAJUAN BOLASEPAK NEGARA, saya merasakan TIDAK RELA diri saya dijadikan alasan terutamanya oleh Badan Induk Bolasepak (FAM) untuk tidak berfungsi atau menjalankan tanggunggjawabnya untuk memberikan kerjasama kepada Kementerian Belia dan Sukan.

Saya juga tidak rela melihat usaha kerajaan terutama YB Menteri yang sangat murni dan penting terutama untuk melaksanakan satu ‘Blueprint’ yang saya percaya akan merubah ‘DNA’ dan ‘BRAND’ bolasepak Malaysia terjejas, semata-mata kerana FAM tidak mahu menyertainya.

Justeru demi untuk melihat Jawatankuasa ini berfungsi sepenuhnya dan melihat Kerajaan dapat berkerjasama sebaik mungkin dengan FAM, maka saya mengambil keputusan berikut:-

1. Dengan sukarela menarik diri dari mengganggotai JKPPBSN berkuatkuasa hari ini, bagi membolehkan FAM menyertainya.
2. Melepaskan Jawatan saya sebagai Timbalan Presiden FAM dan Presiden Bolasepak KAFA berkuatkuasa dari tarikh hukuman dikenakan ke atas saya dan saya bukan lagi pegawai badan tersebut atau mana-mana ahlinya.

Walau bagaimanapun saya akan terus membantu bolasepak negara amnya dan bolasepak Kelantan khususnya atas sifat saya sebagai Wakil Rakyat dan juga seorang peminat sukan ini.

Semoga dengan tindakan saya ini segala kemelut dan kekeruhan yang berlaku antara FAM dan KBS khususnya YB Menteri menjadi jernih, serta semua pihak akan erat berkerjasama demi KEMAJUAN BOLASEPAK NEGARA.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Sunday, 8 December 2013

TUTORIAL: INTERGRATION IDM GOOGLE CHROME (EASY WAY)

Internet Download Manager is one of the finest download managers, it can increase download speeds up to two times the connection bandwidth. Integrating it with Google Chrome, browser by Google is not more than just a few simple clicks.
Go to the main screen of Internet Download Manager

Then click on options under the downloads tab.

Click on the general tab and select the Use advanced browser integration check box, then click ok.
Click ok and reboot your system and your done,enjoy IDM in Chrome.

Saturday, 7 December 2013

NURANI: 20 TANDA IMAM YANG LEMAH




Assalamualaikum wbt.Iman yang lemah merupakan penyakit hati. Dan seperti halnya semua penyakit maka iman yang lemah juga memiliki pertanda. Tanda-tanda itu jelas dan kita dapat mencatatnya sehingga boleh melakukan pengujian sendiri terhadap kadar keimanan kita.

Terdapat 20 tanda iman yang lemah dan semoga kita dapat meningkatkan keimanan kita. Berikut ini senarainya:
1. Melakukan dosa tapi tidak merasa bersalah.

2. Memiliki hati yang keras dan tidak berkeinginan untuk membaca Al-Qur’an.

3. Merasa malas untuk berbuat baik, misalnya amat susah atau malas dalam melaksanakan solat.

4. Melalaikan sunnah.

5. Perasaan yang mudah berubah, contohnya cepat marah tentang suatu hal dan banyak terganggu.

6. Tidak merasakan apa pun ketika mendengarkan ayat-ayat Qur’an, misalkan ketika Allah memperingatkan kita tentang azab.

7. Menemukan kesulitan ketika mengingat Allah dan berzikir.

8. Tidak merasa bersalah ketika melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam.

9. Menginginkan status dan kekayaan.

10. Menjadi jahat, tamak dan kedekut, iaitu tidak ingin hartanya dibahagikan kepada orang lain.

11. Menyuruh orang lain untuk berbuat baik tapi sendirinya tidak mempraktikkannya.

12. Merasa senang atau gembira ketika sesuatu perkara yang buruk atau tiada kemajuan terjadi pada orang lain.

13. Hanya peduli pada yang halal dan haram saja; dan tidak menghindari yang makruh.

14. Mentertawakan seseorang yang melakukan suatu kebaikan yang kecil seperti membersihkan masjid.

15. Tidak peduli dengan keadaan umat Islam.

16. Tidak merasa bertanggung jawab untuk ikut memajukan Islam.

17. Menyukai berdebat walaupun itu tanpa bukti.

18. Tidak mampu menghadapi musibah, contohnya menangis dan berteriak dengan keras ketika ada kematian.

19. Menjadi terlena dan terlibat jauh dengan dunia, dengan sesuatu yang bersifat duniawi, iaitu merasa hancur dan pasrah ketika kehilangan harta kekayaan.

20. Menjadi lalai dan obses  pada diri sendiri.

Bagaimana meningkatkan iman kita itu?
* Membaca dan merenungkan makna dari Quran. Kemudian turun dan ketenangan hati kita menjadi lembut. Untuk mendapatkan manfaat yang optimum, ingatkan diri anda bahawa Allah berbicara kepada anda. Orang-orang yang dihuraikan dalam kategori yang berbeza dalam Quran; memikirkan yang mana yang anda mendapati diri anda masuk

* Menyedari kebesaran Allah. Semuanya berada di bawah kawalan-Nya. Ada tanda-tanda dalam segala hal kita melihat bahawa mata kita untuk kebesaran-Nya. Segala sesuatu terjadi sesuai dengan izin-Nya. Allah mencatat dan terlihat selepas segala sesuatu, bahkan semut hitam di batu hitam pada malam tak berbulan hitam.

* Buatlah upaya untuk memperoleh pengetahuan, setidaknya hal-hal dasar dalam kehidupan sehari-hari misalnya bagaimana membuat wuduk dengan betul. Tahu makna di balik nama-nama Allah dan sifat-sifat. Orang yang mempunyai taqwa adalah mereka yang mempunyai pengetahuan.

* Menghadiri mesyuarat di mana Allah ingat. Dalam pertemuan tersebut kita dikelilingi oleh malaikat.

* Kita harus meningkatkan perbuatan baik kita. Salah satu perbuatan baik mengarah kepada perbuatan baik lainnya. Allah akan membuat jalan mudah bagi seseorang yang memberikan sedekah dan juga membuatnya mudah bagi dia untuk melakukan perbuatan baik. Perbuatan baik harus dilakukan terus-menerus, bukan di menyembur.

* Kita harus takut akhir yang menyedihkan dalam hidup kita; mengingati kematian adalah perosak kesenangan.

* Ingat akhirat peringkat yang berbeza, misalnya ketika kita diletakkan dalam kubur, ketika kita dihisab, adakah kita akan berada di syurga atau neraka.

* Buatlah dua, menyedari bahawa kita memerlukan Allah.  Rendah hati. Jangan mengingini hal materi dalam kehidupan ini.

* Cinta kita Subhana Wa Ta’ala harus ditunjukkan dalam tindakan. Kita harus berharap Allah akan menerima doa-doa kita, dan berada dalam ketakutan yang kita lakukan salah. Pada malam hari sebelum tidur, kita harus berfikir tentang apa yang baik yang kita lakukan selama hari itu.

* Menyedari kesan daripada dosa dan ketidaktaatan-iman seseorang meningkat dengan perbuatan baik dan iman kita berkurang oleh perbuatan buruk. Segala sesuatu yang berlaku adalah kerana Allah mahukannya. Ketika musibah menimpa kita-itu juga dari Allah. Ini adalah akibat langsung dari ketidaktaatan kita kepada Allah.

Rujukan dan diterjemah drp: www.Islamway.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...