Setiap orang inginkan kejayaan
tetapi disebalik kejayaan pasti ada kegagalan.Yang berjaya akan
meneruskan cita-cita mereka dan mendapat IPT atau Kos yang mereka
minati.Bagi yang gagal,bagaimana pulak?adakah mereka tidak dapat
melanjutkan pelajar?adakah mereka tidak akan dapat kos yang mereka
minati?Pasti perkara ini akan bermain difikiran adik-adik yang baru
ambil keputusan SPM nanti.
Bagi yang berjaya dalam SPM 2012 nanti,saya ucapkan tahniah atas
kejayaan yang anda kecapi.Bagi yang gagal mendapat apa yang sepatutnya
janganlah anda bersedih atau berputus asa.Tuhan telah menjanjikan kepada
kita ,Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaumnya
sendiri yang mengubahnya.Ini jelas menunjukkan bahawa sekiranya kita
berusaha kita pasti akan berjaya.bezanya adalah usaha dan masa.Mungkin
SPM ini bukan milik anda.Mungkin kejayaan itu akan menyusul ketika anda
berada di Universiti kelak.Insya-Allah.
Saya Nak Jadi Doktor Tetapi Keputusan Saya Tak Dapat Straight A.
Semua orang pasti menanam cita-cita untuk menjadi Doktor terutamanya
mereka-mereka yang belajar di Sekolah Berasrama Penuh(SBP) atau Maktab
Rendah Sains Mara(MRSM).Malangnya tidak semua yang boleh mengecapinya
dan hanya segelintir sahaja yang akan berjaya ditawarkan melanjutkan
pengajian dalam bidang kedoktoran.Bagaimana dengan yang lain?yang dapat
8A 1B?7A 2B?Adakah peluang mereka sudah tertutup?
Jawapannya tidak.Bagi mereka yang benar-benar ingin menjadi
Doktor,korang boleh masuk ke Matrikulasi terlebih dahulu.Ambil kos Sains
Tulen dan score baik-baik selama 1 tahun korang belajar di Matrik
ini.Jangan main-main dan Insya-Allah,sekiranya korang mendapat 4
flat,korang pasti akan mendapat peluang untuk mengambil bidang
kedoktoran.Lagipun di metrik,korang hanya akan belajar 3 subjek
sahaja.(kalau tak silap lah)
Saya Dapat Rendah Je SPM.Saya Tak Boleh Masuk IPT Ke?
Sekiranya korang gagal dalam permohonan UPU disebabkan result SPM
korang tak sesuai dengan kos yang korang minta,korang jangan putus
asa.Korang buat rayuan semua.Tetapi kali ini korang pastikan kos yang
korang nak mintak itu sesuai dengan keputusan korang itu.Jangan pulak
korang dapat 3A tetapi korang minta Asasi Sains atau Medik.Memang korang
takkan dapatlah.
So sebelum korang klik button hantar tu,pastikan korang fikir
masak-masak dahulu.”Kos ini sesuai tak dengan keputusan aku ni?”,Kalu
korang dah rasa sesuai dan berpuas hati,barulah korang klik button
hantar tu.Ingat jangan tersilap pilih pulak ye.
Rayuan dah Buat Tetapi Saya Masih Gagal Dalam Permohonan.Apa Yang Perlu Saya Buat?
Masalah ini pasti akan timbul nanti.Walaupun korang dah buat pilihan
mengikut keputusan SPM korang tetapi masih tidak ditawarkan ke IPT.Ini
mungkin disebabkan universiti yang anda pohon itu sudah mencukupi koata
yang diperlukan.Katakan UPM tawarkan 500 kekosongan tetapi anda
merupakan orang yang ke 501 yang terdapat didalam senarai.So anda
diklasifikasikan sebagai gagal.
Jadi cara nak atasinya adalah dengan memilih Universiti yang
menawarkan syarat yang longgor dan koata yang banyak.Contohnya UiTM.UiTM
adalah universiti
yang paling mudah untuk korang dapat tetapi ada syaratnya dimana korang
kena pastikan yang korang memilih UiTM sebagai pilihan pertama
korang.So barulah senang nak dapat tawaran ke IPT.Betul tak?
Tak Tahu Nak Pilih Kos Apa!
Ini pun salah satu dilema yang akan berlaku kepada para pelajar
lepasan SPM iaitu tak tahu nak pilih kos apa.”Aku nak ambil kos apa
ni?”"Aku ini minat ke kos ini?”,”Kos ini macam best je”..Macam-macam
yang bermain difikir anda kan.Okay relax,jangan gelogoh.Mula-mula korang
cari dulu maklumat mengenai kos yang korang nak pilih.Search je kat
Google tu.Banyak tempat-tempat yang boleh dijadikan rujukan.Korang
tengok silibus yang ditawarkan dan tengok peluang kerjaya daripada kos
yang korang nak ambil tu.Kalau rasa berkenan dan berminat,korang pilih
lah kos itu.
Nak Masuk Matrik Atau Universiti?
Ini juga akan menjadi masalah kat budak-budak lepasan SPM nanti.Macam
saya jugak lah dulu.Nak masuk matrik atau Universiti terus.Ia ada
kelebihan dan kekurangan masing-masing.Sekiranya korang nak masuk
Universiti terus,ini bermakna anda akan ambil diploma.Kalau diploma
jangka masanya dalam 3 tahun jugak lah.Kalau korang masuk Matrik,korang
hanya perlu belajar 1 tahun dan terus sambung ke ijazah.So korang dah
jimat 2 tahun kat situ.Tetapi belajar di Matrik bukan lah semudah yang
disangka..haha..bukan nak takutkan korang lah.
Okaylah,cukuplah setakat ini dulu,Nanti kita kongsikan lagi
masalah-masalah atau dilema yang sering berlaku kepada pelajar lepasan
SPM ini.
No comments:
Post a Comment