Tuesday, 31 December 2024

KELEBIHAN YANG TERDAPAT PADA BULAN REJAB

 

Rejablah masanya bulan menabur benih. Amalan pada Rejab dapat menyucikan badan dan pahala amalan baik dalam bulan ini dilipat-gandakan.

  • Rejab adalah bulan Allah, bulan maghfirah (keampunan) dan bulan bertaubat.
  • Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalam Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
  • Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali dalam Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  • Kelebihan Rejab daripada bulan lain seperti kelebihan al-Quran daripada kitab lain.
  • Seseorang yang memuliakan bulan Rejab, maka Allah akan muliakannya dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
  • Rejab adalah pembukaan kepada bulan kebaikan dan berkat. Jika tahun diibaratkan sebagai pohon, Rejab ibarat waktu bercucuk-tanam dan keluarnya daun.

Rasulullah SAW bersabda: “Rejab adalah bulan bertanam, maka berniagalah kamu semoga Allah merahmati kamu pada bulan Rejab kerana ia adalah musim untuk berniaga dan makmurkanlah waktu kamu (dengan beramal) dalamnya kerana ia adalah waktu berbuat amal.”

 

AMALAN

Umat Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab sebagai satu latihan sebelum mereka menghadapi bulan Ramadan kerana pada bulan ini Allah SWT banyak memberikan Rahmat-Nya.

Ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat-gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”

Rejab sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala juga mempunyai banyak kelebihan dan bermanfaat. Beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ialah:

  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  • Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah
  • Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  • Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.

Dari  Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “ Sesiapa membaca kalimah berikut, pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan di antara waktu Zuhur dengan Asar; nescaya disuruh dua malaikat untuk menghapuskan surat kejahatan.”

اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمُ الَّدِىْ لآ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ تَوْبَةَ عَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلاَ نَفْعًا وَلاَ مَوْتًا وَلاَ حَيَاةً وَلاَ نُشُوْرًا.

Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.


Saturday, 30 March 2024

5 AMALAN TERBAIK UNTUK 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

 

5 Amalan Terbaik Untuk 10 Malam Terakhir Ramadhan

1. Qiyamul Lail

Qiyamul Lail atau berjaga pada tengah malam untuk bersolat merupakan ibadah yang sangat dituntut pada 10 Ramadan terakhir.

Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa yang berdiri (untuk mengerjakan solat) pada lailatul qadr kerana keimanan dan hal mengharap pahala, akan diampuni baginya segala dosanya yang telah lalu.” [HR. Al-Bukhari no. 1901].

Antara amalan yang boleh dilakukan adalah dengan menghidupkan malam dengan mengerjakan ibadah solat serta membaca Al-Quran. Membangunkan ahli keluarga seperti mana yang dilakukan oleh baginda Rasulullah. Sesungguhnya Rasulullah jika masuk pada malam 10 malam terakhir, maka baginda akan menghidupkan malam-malam itu dan membangunkan ahli keluarganya dan akan menjauhi daripada membuat hubungan suami isteri,  qiyamul lail dan beriktikaf di dalam masjid dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah seperti solat, zikir, membaca al-Quran dan sebagainya.

2. Membaca Alquran

Salah satu keutamaan orang yang membaca al-Quran pada bulan Ramadan adalah pahalanya akan dilipatgandakan. Jika 1 huruf dicatatkan 10 kebaikan (rahmat) daripada Allah, maka pada bulan Ramadan, ganjarannya akan dikira sehingga 700 kali ganda.

Ini membuktikan betapa besarnya ganjaran yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-hamba-Nya pada bulan Ramadan, terutamanya jika ibadah itu dilakukan pada malam Lailatul Qadar.

Selain itu, kita juga digalakkan untuk membaca terjemahan al-Quran dan tafsirnya, berfikir secara mendalam mengenai maksudnya. Nescaya ia dapat meningkatkan lagi keimanan kita bila kita memahami setiap apa yang tersurat dan tersirat dalam kitab itu itu.

Dari Ibnu Abbas رضي الله عنهما, dia berkata,

كَانَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – أَجْوَدَ النَّاسِ ، وَأَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِى رَمَضَانَ ، حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ ، وَكَانَ جِبْرِيلُ – عَلَيْهِ السَّلاَمُ – يَلْقَاهُ فِى كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ ، فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ

“Nabi ﷺ adalah orang yang paling gemar memberi (bersedekah, -pent). Semangat beliau dalam memberi lebih membara lagi ketika bulan Ramadan tatkala itu Jibril menemui beliau. Jibril menemui beliau setiap malamnya di bulan Ramadhan. Jibril mengajarkan Al-Quran kala itu. Dan Rasul ﷺ adalah yang paling semangat dalam melakukan kebaikan bagai angin yang bertiup.” [HR. Bukhari, no. 3554 dan Muslim, no. 2307].

3. Sedekah

Bersedekah dengan keikhlasan kepada Allah. Ini kerana jika sedekah yang dilakukan itu bertepatan dengan malam Lailatul Qadar maka amalan sedekah itu juga akan dilipatgandakan lebih baik dari 1,000 bulan.

Umat Islam yang bersedekah pada 10 malam terakhir Ramadan akan mendapatkan pahala yang melimpah serta keutamaan bersedekah itu sendiri.

Ini termasuk menyediakan dan memberikan juadah berbuka puasa kepada ahli keluarga atau sesama orang Islam.

Sabda Rasulullah: “Sesiapa yang memberi iftor (hidangan untuk berbuka) orang-orang yang puasa/berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang puasa/berpuasa tanpa dikurangi sedikitpun.” (HR Bukhari dan Muslim).

4. Memperbanyak Doa

Pada 10 malam terakhir, apa kata kita mencuba untuk berdoa dengan lebih panjang dan lebih dihayati makna-maknanya.

Bagi yang sudah biasa dengan surah yang panjang, baca terjemahan dan penjelasan serta hayati makna daripada surah itu.

Salah satu masa terbaik untuk melakukan amalan ini adalah pada bahagian terakhir malam.

Doa yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ, sebagaimana hadis dari Aisyah رضي الله عنها,

قُولِى اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى

“Berdoalah:

Allahumma innaka ‘fuwwun tuhibbul ‘afwa f’fu’anni”

Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf dan Engkau mencintai orang yang meminta maaf, karenanya maafkanlah aku.” [HR. At-Tirmidzi no. 3513 dan Ibnu Majah no. 3850, At Tirmidzi berkata: Hasan shahih].

5. Bertaubat dan Istigfar

Bulan Ramadan adalah bulan terbaik untuk bertaubat dan menghidupkan istighfar. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Wahai sekalian manusia. Taubatlah (beristigfar) kepada Allah karena aku selalu bertaubat kepada-Nya dalam sehari sebanyak 100 kali.” (HR Muslim)

Baginda merupakan orang yang paling banyak beristighfar dan bertaubat kepada Allah meskipun terpelihara daripada dosa. Apatah lagi kita umatnya yang sering melakukan dosa setiap hari.

Allah Taala berfirman dalan hadis qudsi,

يَاابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَادَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَاكَانَ فِيْكَ وَلاَأُبَالِىْ يَاابْنَ آدَمَ لَؤْ بَلَغَتْ ذُنُوْ بُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِيْ غَفَرْتُ لَكَ وَلاَ أُبَالِيْ يَاابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِيْ بِقُرَابِ اْلأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيْتَنِيْ لاَ تُشْرِكُ بِي شَيْئًا َلأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً

“Wahai bani Adam, sesungguhnya selama engkau masih berdoa dan berharap kepada-Ku maka Aku akan mengampuni semua dosa yang ada padamu dan Aku tidak akan peduli.

Wahai bani Adam, seandainya engkau datang kepada-Ku dengan membawa kesalahan seukuran bumi kemudian engkau datang menjumpai-Ku dalam keadaan tidak berbuat syirik atau menyekutukan-Ku dengan apapun juga maka sungguh Aku akan datang kepadamu dengan membawa ampunan seukuran bumi juga.” [HR. At-Tirmidzi no. 3540, dihasankan al-Albani dalam Shahih at-Targhib, no. 1616].


Tuesday, 23 September 2014

TRIK: SURF INTERNET FREE CELCOM LIVE SEPTEMBER 2014

Assalamualaikum wbt

Kepada yang bertanya kat post lama tuh aku minta maaf sebab x sempat nak balas komen korang sebab aku sibuk dengan kerja. Dalam kesibukan aku sempat jugak aku mencari dan menekperimen trik baru untuk di kongsikan dengan korang.

Untuk tidak menghampakan korang semua, kali ni aku nak share cara terbaru nak surf internet secara percuma dengan syarat sim kad korang mestilah aktive.

Sekarang aku terpaksa guna cara terbaru lak untuk share trik terbaru aku nih kerana cara lama ada yang dapat surf dan ada yang tak dapat. Tak adil kan kalo cam tuh. Kalo boleh biar semua dapat surf. Korang happy aku senyum jerrr. Ok aku terus kepada trik yang ingin aku kongsi gan korang semua.

Lepas tu korang masuk menu kat browser mozilla, enter address dan masukkan URL kat bawah ni
(Korang just copy and paste je url kat bawah nih,pilih yang mana satu korang nak guna)


http://mms.celcom.net.my.theproofofheaven.com

http://mms.celcom.net.my.www.koxy.de

http://mms.celcom.net.my.ukwebproxy.net

http://mms.celcom.net.my.webproxy.net

 http://mms.celcom.net.my.php.go-pki.com



Lepas dah masuk salah satu daripada yg kat atas tu,korang cari form untuk tulis URL pastu tulislah alamat/address website yg korang nak masuk kat situ.Semudah itu.Trick ni boleh download.Tapi pastikan sim kad korang masih aktif yea,kalau tak memang tak tembus.



 Kat setting mozilla korang copy paste je url yang korang nak guna tuh...


Jangan lupa tick kat No Proxy dalam mozilla tuh

Kat bawah ni beberapa step yang menunjukan korang boleh surf guna cara yang aku dah ajar tadi.

Isi apa saja nama laman web yang korang nak suft tuh kemudaian tekan je button GO
Bila kuar warning cam nih korang just click je Continue Anyway

Nanti korang akan nampak window google ni tp dalam bahasa german kerana ip german je yang leh tembus untuk celcom

Dapat surf Youtube dan sebagainye
Kelajuan pada broadband manager yang aku guna
Ni adalah speed yang korang akan dapat bila guna trick nih...Laju woooii ^_^
p/s: Nak guna trick ni simcard korang mestilah aktif dan tidak mempunyai kredit. Jika ada kredit alamat melayan la kredit korang tuh. 

PERHATIAN: JANGAN GUNA TRICK NI UNTUK SEBARANG LOGIN SAMA ADA GMAIL,FB,BANKING DAN SEBAGAINYA KERANA TRICK INI MENGGUNAKAN PROXY ANNOYMOUS YANG SEMESTINYA TIDAK SELAMAT UNTUK FAIL PERIBADI ANDA. TAPI JANGAN BIMBANG TRICK INI TIDAK AKAN MENDATANGKAN VIRUS KEPADA PC ANDA.

Sekian sahaja dari aku..Selamat berinternet free kembali..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...